KAJIAN KUANTITATIF
Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.
Jenis-jenis kajian kuantitatif:
i) Kajian Deskriptif
ii) Kajian Korelasi
iii) Causal Comparative
iv) Kajian Eksperimental
KAJIAN KUALITATIF
Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.
i) Kajian Tindakan
ii) Kajian Kes
iii) Kajian Lapangan
iv) Analisis Dokumen
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF
i) Bentuk Data
KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
Data berbentuk angka yang boleh diukur. | Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video. |
ii) Instrumen Kajian
KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian. | Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji. |
iii) Reka bentuk Kajian
KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut. | Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi. |
iv) Peserta Kajian
KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu. | Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian. |
v) Metodologi Kajian
KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian. | Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian. |
KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)
Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.
RUJUKAN
Aini Hassan. 2007. Kualitatif Atau Kuantitatif ?: Memahami Andaian Asas Yang Mendasari Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). Halaman 7-16. ISSN 0126-5024
Kajian Dalam Pendidikan. http://www.scribd.com/doc/18682201/Panduan-Kajian-Kes [3/8/2010]
Nota Kursus Research Methodology Anjuran Kolej Komuniti Segamat. 2009.
Nota Kursus Research Methodology Anjuran Kolej Komuniti Segamat. 2009.
thanks really help me
ReplyDeletethanks for the info. sy ada ambil sedikit maklumat dr blog ni. mohon dihalalkan :)
ReplyDeletesangat bagus sebab ada sumber rujukan
ReplyDeleteTerima kasih sharing :)
ReplyDeletetq for sharing.sy gunakan ni utk nota rujukan sy.mohon halalkn.
ReplyDeletesaya ambil buat rujukan nota nk exam..minta halal.. tq <3
ReplyDeleteTerima kasih byk2. Nota utk rujukan.
ReplyDeleteTerima kasih byk2. Nota utk rujukan.
ReplyDeleteMy pleasure. Am still a learner ☺️
ReplyDeletetq
ReplyDeletetq
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeletesenang nk faham. terima kasih.
ReplyDeleteterima kasih ye, moga2 final exam esok boleh jawab, ameen, hehe
ReplyDeletetq ye sangat bermakna ilmu ni..boleh dimanfaatkan:)
ReplyDeleteTerima kasih utk maklumat ni.. Minta halalkan saya guna maklumat ni utk nota rujukan :)
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat yang di kongsi.....sy ambil nota ni untuk rujukan...
ReplyDeleteTerima kasih tdk terhinggasy ambil nota... untuk peperiksaan master..tqvm
ReplyDeletemembantu saya dalam membuat kajian .. terima kasih ..
ReplyDeletetq...mohon share dn di halalkan
ReplyDeletetq
ReplyDeleteterima kasih banyak2..semoga dimurahkan rezeki... :)
ReplyDeleteas reference..tqsm..mohon halalkan ye
ReplyDeletetq May Allah bless you..
ReplyDeletethx...May Allah bless you
ReplyDeletesgt membantu. terima kasih
ReplyDeletetq atas maklumat..ijin copy ya tuan ku
ReplyDeleteboek as refernce
ReplyDeletepaling mantapsssss
ReplyDeleteAdi Channel
Mohon halal utk saya buat rujukan 😊
ReplyDeletetqvm info..sangat mudah di fahami
ReplyDeleteTerima Kasih. Mohon untuk gunakan sebagai rujukan assignment Universiti saya ya. :)
ReplyDeletethanks...membantu saya untuk lebih memahami konsep
ReplyDeletePerkongsian yang jelas..dapat difahami dengan mudah perbezaan kualitatif dan kuantitatif
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletesangat berguna dan muadh difahami. terima kasih atas penulisan dan saya gunakan untuk asignment saya. minta halal ye
ReplyDeletesangat berguna
ReplyDelete