Saturday, August 7, 2010

MARK ZUCKERBERG (FACEBOOK)

Nama sebenar  : Mark Elliot Zuckerberg
Tarikh Lahir    : 14 Mei 1984
Tempat Lahir   : Dobbs Ferry, New York, US


Latar Belakang FACEBOOK

Zuckerberg merupakan seorang pelajar Universiti Harvard. Pada 4 Febuari 2004, beliau melancarkan sebuah direktori untuk para pelajar Harvard yang dinamakan thefacebook.com (kemudian ditukar kepada Facebook pada Ogos 2005). Direktori ini membenarkan para pelajar Harvard meletakkan maklumat dan gambar mereka. Beliau memulakan salah satu hobby project nya ini atas pertolongan (dari segi kewangan) rakannya, Eduardo Saverin.

Dua orang rakan sebilik Zuckerberg, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes, membantu beliau menambah baik dan menjadikan Facebook boleh dicapai ke kampus-kampus yang lain dan seterusnya ke seluruh negara. Facebook semakin popular kerana pengguna boleh mencipta profil diri, memuat naik gambar dan berhubung dengan rakan-rakan.

BILL GATES (MICROSOFT)

Nama sebenar  : William Henry Gates III
Tarikh Lahir     : 28 Oktober 1955
Tempat Lahir   : Seattle, Washington
Hobi                : Membaca, bermain golf dan bermain bridge


Latar Belakang Akademik 

Gates merupakan seorang pelajar di Seattle’s Lakeside School. Beliau sangat suka membaca buku-buku rujukan terutama ensiklopedia. Beliau cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, begitu juga dengan Drama dan English. Beliau mula menunjukkan minat dalam pengaturcaraan komputer ketika berumur 13 tahun. Gates menulis program Tic-Tac-Toe menggunakan BASIC yang membenarkan pengguna bermain dengan komputer.




Latar Belakang Keluarga 

Gates dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pertengahan. Beliau mempunyai seorang kakak, Kristianne dan seorang adik perempuan, Libby. Bapanya William H. Gates, Sr. dan ibunya, Mary Maxwell.
Beliau berkahwin dengan Melida French Gates pada 1 Januari 1994. Beliau dikurniakan tiga orang anak.

Bill Gates Biography - Biography.com

Bill Gates Biography - Biography.com

Tuesday, August 3, 2010

KAJIAN KUANTITATIF, KUALITATIF DAN GABUNGAN

KAJIAN KUANTITATIF

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kuantitatif:
i) Kajian Deskriptif
ii) Kajian Korelasi
iii) Causal Comparative
iv) Kajian Eksperimental

KAJIAN KUALITATIF

Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kualitatif:
i) Kajian Tindakan
ii) Kajian Kes
iii) Kajian Lapangan
iv) Analisis Dokumen






PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF

i) Bentuk Data

KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Data berbentuk angka yang boleh diukur.
Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian

KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.
Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

iii) Reka bentuk Kajian

KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut.
Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.

iv) Peserta Kajian

KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu.
Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

v) Metodologi Kajian

KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.


KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)

Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.

RUJUKAN

Aini Hassan. 2007. Kualitatif Atau Kuantitatif ?: Memahami Andaian Asas Yang Mendasari Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). Halaman 7-16. ISSN 0126-5024

Kajian Dalam Pendidikan. http://www.scribd.com/doc/18682201/Panduan-Kajian-Kes [3/8/2010]


Nota Kursus Research Methodology Anjuran Kolej Komuniti Segamat. 2009.