ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

JURNAL 1

Yael Dubinsky & Orit Hazzan. 2005. A Framework for Teaching Software Development Methods. Journal Computer Science Education. Vol 15. No 4. 275-296.


Artikel ini menerangkan kajian berkenaan Extreme Programming yang berbentuk kajian tindakan. Kajian ini bertujuan untuk membina kerangka pengajaran (framework) bagi perisian pengaturcaraan. Ia melibatkan beberapa kitaran seperti pengumpulan data, penilaian dan aplikasi keputusan kajian. Framework mengandungi praktis yang memberikan latihan yang memberikan panduan praktikal bagaimana mengajar kaedah pembentukan perisian di dalam kursus berasaskan projek.

Kaedah kajian tindakan yang diaplikasikan di dalam kajian ini menggunakan pengukuran kaedah kajian kualitatif diiringi oleh kaedah kuantitatif. Kajian awal dilakukan untuk merangka kerangka kerja kasar. Kajian dimulakan dengan pengumpulan data dalam bentuk pemerhatian, temubual dengan pelajar dan jurulatih akademik, forum projek elektronik dan soal selidik.

Pada kitaran pertama para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka berhadapan dengan topik projek / sistem operasi dan isu kejuruteraan perisian. Dalam kitaran ini semangat berkumpulan dibina, dan rangka projek dibentuk. Rangka ini akan mengalami penambahbaikan pada kitaran kedua dan ketiga.
Dalam kitaran kedua, pelajar telah biasa dengan pembentukan kumpulan, menjadikan aktiviti berkumpulan menjadi lebih santai.

IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIKAN KOMPUTER
Pembentukan framework untuk pembangunan sesuatu perisian amat penting untuk menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan rangka kerja yang lengkap dan komprehensif boleh dilaksanakan dalam kursus-kursus akademik.



JURNAL 2

Hussain Othman, Berhanuddin Mohd. Salleh, Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus & Abdullah Sulaiman. 2008. Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (PBM dan PBMBP) Bagi Meningkatkan Kemahiran Insaniah Pelajar. Journal of Human Capital Development. Vol. 1. No. 1. ISSN: 1985-7012.


Artikel ini memberi penjelasan berkenaan pelaksanaan kaedah PBL (Problem Based Learning – Pembelajaran Berasaskan Masalah) dan POPBL (Project Oriented Problem Based Learning – Pembelajaran Berasaskan Masalah Berorientasikan Projek) dalam proses pengajaran subjek-subjek kemanusiaan kepada pelajar teknikal dan kejuruteraan di Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn.

Rekabentuk kajian tidak disebutkan dalam penulisan artikel ini tetapi kaedah yang digunakan adalah untuk mengenal pasti sama ada pelaksanaan PBL dan POPBL dapat menjadikan para pelajar universiti tersebut menguasai kemahiran-kemahiran insaniah yang amat diperlukan oleh mereka bagi menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan selepas tamat belajar.

Kajian ini dijalankana adalah untuk mengenal pasti kaedah pelaksanaan P&P bagi subjek kemanusiaan yang sesuai dan memberi impak kepada para pelajar. Ini disebabkan pendekatan P&P yang digunakan sekarang tidak berpusatkan pelajar, dilaksanakan dalam bentuk syarahan, berpusatkan pensyarah dan bersifat sehala. Keadaan ini menyebabkan para pelajar tidak dapat mengasah kemahiran insaniah mereka dengan secara yang lebih baik kerana aspek pengalaman sebenar serta praktikal tidak di tekankan.

Dapatan kajian awal menunjukkan para pelajar mempunyai pandangan yang positif terhadap pendekatan PBL ini dan ianya merupakan satu kaedah pembelajaran yang menarik minat mereka. Pelajar juga bersetuju pendekatan PBL mempunyai ciri-ciri (i) mencabar, (ii) berguna, (iii) berkesan, (iv) menyeronokkan, (v) tidak membebankan, (vi) tidak membosankan serta (vii) memberi banyak pengalaman kepada mereka. Ketujuh-tujuh ciri ini amatlah penting untuk menjadikan proses pembelajaran pelajar lebih bermakna (meaningful learning).

Kemahiran insaniah juga yang dapat dilatih dan dibentuk melalui pendekatan PBL seperti (i) kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, (ii) kemahiran berkomunikasi, (iii) kemahiran bersosial, (iv) kemahiran pembelajaran kendiri, (v) kemahiran etika dan moral, (vi) kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, (vii) kemahiran penyelesaian masalah dan (viii) kemahiran bekerja berkumpulan. Kelapan-lapan kemahiran ini pula diperlukan oleh para pelajar yang keluar menghadapi cabaran dalam alam pekerjaan dan kehidupan bermasyarakat.

IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIKAN KOMPUTER
Pelaksanaan PBL banyak membantu meningkatkan keberkesanan pembelajarn pelajar dalam semua bidang. Bagi Pendidikan Komputer, kaedah ini amat sesuai dilaksanakan dalam proses P&P bagi memantapkan pengajaran guru dan juga pembelajaran murid.  Pembelajaran pelajar juga diharapkan berubah daripada rote learning kepada meaningful learning.