Senario sekarang menunjukkan bahawa guru-guru sering dihantar ke seminar, bengkel serta kursus untuk memantapkan profesionalisme keguruan atau meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penghantaran guru-guru ini ke seminar, bengkel dan kursus diharapkan dapat diadaptasi atau diaplikasikan di sekolah. Pentadbir biasanya akan mengharapkan guru-guru ini membuat sesuatu yang hebat di dalam kelas mahu pun di luar kelas.
Menurut Abdul Rahman (2008), tiga idea utama yang menyarankan guru bertindak sebagai penyelidik adalah:
1. Pendidikan berasaskan hasil (results-driven education)
Contoh: Keberkesanan sesuatu program peningkatan akademik pelajar (bengkel teknik menjawab soalan) perlu dilihat dari sudut program itu dari segi peningkatan akademik pelajar.
2. Pemikiran system (system thinking)
Contoh: Penyelidik perlu mengambil kira impak / kesan program peningkatan akademik kepada pelajar.
3. Konstruktivisme (Constructivism)
Contoh: Menerusi program peningkatan akademik, pelajar dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk membina pengetahuan / cara berfikir yang baru.
Menurut Sue Nair (2007), antara faktor-faktor yang menghalang guru untuk meneruskan penyelidikan ialah :
i) Budaya di sekolah
Guru berhadapan dengan murid dan ibu bapa yang menaruh harapan yang sangat tinggi. Guru juga perlu merealisasikan harapan pihak pentadbir seperti meningkatkan mutu akademik, memajukan penggunaan prasarana sekolah dan sebagainya.
ii) Persepsi guru tentang peranan dan keefisienan kendiri mereka
Guru juga mempunyai persepsi bahawa kajian yang akan mereka lakukan telah dilakukan oleh guru lain. Walaubagaimanapun, persepsi ini salah kerana setiap kajian mempunyai tujuan dan objektif yang tersendiri.
Guru juga tidak melaporkan / membuat kajian tentang hubungan antara pengajaran mereka dengan kajian ilmiah (teori dan strategi pembelajaran)
iii) Motivasi guru yang rendah untuk melibatkan diri dalam penyelidikan.
Atitud guru juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan mereka melibatkan diri dalam bidang penyelidikan. Keengganan guru untuk membuat kajian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta menulis laporan berkenaan kajian mereka adalah antara penyebab guru kurang melibatkan diri dalam bidang ini.
RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Majid. 2008. Guru Sebagai Penyelidik. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Sue Nair. 2007. Teachers As Researchers : Researchers As Teachers? Towards Successful Educational Research. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jil. 22. Halaman 25–44.